Sabtu, 5 Disember 2015

Kaedah Penyelesaian Masalah [BAB 9]

Dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah. Setiap masalah yang dihadapi oleh manusia perlulah diselesaikan dengan cara yang betul. Terdapat pelbagai jenis cara yang manusia boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, antaranya dengan menggunakan cara fikiran logik, penyelesaian secara agama, penyelesaian secara perasaan dan penyelesaian secara kreatif. Sebelum menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlulah mengetahui kemampuan kita untuk menyelesaikan masalah kerana di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh setiap manusia. Di dalam menyelesaikan masalah, sesetengah manusia dapat menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan mudah manakala sesetengah manusia lagi menghadapi kesukaran atau mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan seuatu masalah yang dihadapi. Manusia perlulah merasakan bahawa diri mereka yakin dan berkebolehan serta menggandakan usaha mereka untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya masalah itu bertambah rumit dan sukar. Kita sebagai manusia juga memerlukan pendapat dan pertolongan daripada orang lain sekiranya kita menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah sendirian. Keyakinan diri juga perlu dan sentiasa berfikiran positif bahawa setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Sebelum menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlulah mengenal pasti masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai jenis masalah yang sering dihadapi oleh manusia antaranya melibatkan perkara-perkara misteri iaitu perkara yang kita tidak dapat diterangkan dengan menggunakan akal fikiran, tugasan atau assignment yang perlu dilakukan oleh seseorang dengan memahami matlamat dan objektif tugasan tersebut, kesukaran untuk melakukan sesuatu perkara, peluang daripada hasil usaha yang dilakukan, tidak pasti atau puzzles ialah situasi yang tidak dapat dihuraikan dan yang terakhir dilema iaitu dimana situasi menjadi sukar dan terpaksa memilih satu penyelesaian sahaja.


Selepas mengenal pasti masalah, kita perlulah menganalisa punca sebenar kenapa masalah itu berlaku. Selepas itu, kita perlulah kenal pasti cara penyelesaian dan memilih penyelesaian yang paling terbaik sebelum membuat bentuk plan tindakan yang seterusnya. Akhir sekali, setelah membuat bentuk plan tindakan, pelaksanaan perlulah dilakukan dan dinilai hasilnya. Secara kesimpulannya, setiap masalah yang dihadapi perlulah kita tangani sebelum berlakunya masalah yang seterusnya dan sekurang-kurangnya elakkan diri daripada kesilapan atau kesalahan yang boleh membawa kepada satu permasalahan yang lain. 
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan