Dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia
tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah. Setiap masalah yang dihadapi
oleh manusia perlulah diselesaikan dengan cara yang betul. Terdapat pelbagai
jenis cara yang manusia boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi, antaranya dengan menggunakan cara fikiran logik, penyelesaian secara
agama, penyelesaian secara perasaan dan penyelesaian secara kreatif. Sebelum
menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlulah mengetahui kemampuan kita untuk
menyelesaikan masalah kerana di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis masalah
yang dihadapi oleh setiap manusia. Di dalam menyelesaikan masalah, sesetengah
manusia dapat menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan mudah manakala
sesetengah manusia lagi menghadapi kesukaran atau mengambil masa yang lama
untuk menyelesaikan seuatu masalah yang dihadapi. Manusia perlulah merasakan
bahawa diri mereka yakin dan berkebolehan serta menggandakan usaha mereka untuk
mencari jalan penyelesaian sekiranya masalah itu bertambah rumit dan sukar.
Kita sebagai manusia juga memerlukan pendapat dan pertolongan daripada orang
lain sekiranya kita menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah sendirian.
Keyakinan diri juga perlu dan sentiasa berfikiran positif bahawa setiap masalah
pasti akan ada jalan penyelesaiannya.
Sebelum menyelesaikan sesuatu masalah, kita
perlulah mengenal pasti masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai jenis masalah
yang sering dihadapi oleh manusia antaranya melibatkan perkara-perkara misteri
iaitu perkara yang kita tidak dapat diterangkan dengan menggunakan akal
fikiran, tugasan atau assignment yang perlu dilakukan oleh seseorang dengan
memahami matlamat dan objektif tugasan tersebut, kesukaran untuk melakukan
sesuatu perkara, peluang daripada hasil usaha yang dilakukan, tidak pasti atau
puzzles ialah situasi yang tidak dapat dihuraikan dan yang terakhir dilema
iaitu dimana situasi menjadi sukar dan terpaksa memilih satu penyelesaian
sahaja.
Selepas mengenal pasti masalah, kita perlulah
menganalisa punca sebenar kenapa masalah itu berlaku. Selepas itu, kita
perlulah kenal pasti cara penyelesaian dan memilih penyelesaian yang paling
terbaik sebelum membuat bentuk plan tindakan yang seterusnya. Akhir sekali,
setelah membuat bentuk plan tindakan, pelaksanaan perlulah dilakukan dan
dinilai hasilnya. Secara kesimpulannya, setiap masalah yang dihadapi perlulah
kita tangani sebelum berlakunya masalah yang seterusnya dan sekurang-kurangnya
elakkan diri daripada kesilapan atau kesalahan yang boleh membawa kepada satu
permasalahan yang lain.
Sekian.
Sekian.
